Bismillahirohmanirohim.. ya Allah Ikhlaskan hati ku ini..
Post kali ini akan berkisar tentang program Homeless, memberi makanan kepada fakir miskin di sekitar Georgetown sempena Ramadhan, anjuran UNGGAS, API,
bukan berapa pinggan yang telah kita makan, berapa pinggan telah kita beri.. @ memberi lebih baik dari menerima,
bagi menghidupkan ruh Ramadhan 2011, Kami telah menjalankan program memberi makanan kepada golongan homeless di sekitar george town beberapa sukarelawan telah bersama turun padang dalam program ini.
Masakan yang disediakan telah dimasak secara gotong royong di pejabat Unggas di Bagan Lalang. Lebih kurang 140 pek nasi berlauk sayur dan kari ayam disediakan bagi program tersebut.
selepas selesai solat insya berjemaah di Pejabat UNGGAS, sukarelawan bergerak ke lokasi program.
Kami berkumpul dahulu di Dataran Padang kota, peserta diberi sedikit taklimat ringkas program, kami bergerak dalam kumpulan secara berjalan kaki, setiap kumpulan membawa lebih kurang 10 bungkus makanan.
Satu demi satu Hotspot golongan Homeless kami lawati. namun kawasan panas adalah kawasan Sekitar Masjid Kapitan Keling.
Dari apa yang kami faham, golongan homeless dari seluruh pulau pinang malah ada yang dari Sg. petani kedah datang berhijrah dan berkampung di sini demi menikmati jamuan moreh dan pengagihan zakat di sini.
apa yang menyedihkan melihat sepsang suami isteri bersama 2 orang anak mereka sedang nyenyek tidur di jalanan, anaknya yang bertilamkan bata-bata koridor dan berselimutkan kain nipis. agak janggal untuk aku mengambil gambar takut menganggu mereka dengan flash. namun setelah dibenarkan oleh suaminya aku mengambil beberapa keping gambar.
respon dari orang awam pula berbagai-bagai.. ada menyokong apa yang kami lakukan.. ada yang bertanyakan adakah ini penyelesaianya.. ada juga yang membantah..
kat mereka.. Homeless semua ni penipu.. pemalas.. malas mencari kerja.. hidup mengharap..
kami menganguk.. tapi dari apa yang aku faham.. adakah sanggup seorang penipu, pemalas.. membiarkan anaknya dan isterinya merempat di jalanan.. pasti ada sebab konkrit kenapa mereka boleh termasuk dalam dimensi Homeless ini..
bagi aku.. Metropolitan Georgetown secara tidak sedar.. telah menjana suatu 'LoopHole' dimana mereka yang tidak 'up to the fight, up the standard, will be consumed by the loophole.. and becomea homeless..' ada yang peniaga.. berhutang tak mampu bayar hutang rumah harta ditarik.. tiada lagi tempat bergantung selain dari Jalanan Georgetown..
Ya mereka homeless.. namun mereka bukan Jobless.. satu kes.. Pak cik berusia 40an.. berkerja menarik beca.. becanya, beca sewa.. selesai menarik beca pada waktu siang.. malamnya kerja mencuci pinggan di restoran nasi kandar.. pendapatanya sebulan.. adalah lebih kurang rm500, aku tanya kau.. rm500 dapat ka sewa bilik di Georgetown? lepas ka bil letrik.. air sewa beca lagi..dll.. lepas ka makan minum hari hari? itu Georgetown.. kejadian LoopHole Homeless yang sama terjadi di setiap Metropolitan sperti KL JB satu mas nanti di setiap ibu negeri di malaysia.. dimana Kos sara hidup MENGILA.. yang kaya KAYA GILA.. yang MISKIN tiada sapa peduli dan terus miskin..
Solusinya? orang sakit kepala diberi ubat sakit kepala settlelah.. orang lapar diberi makanan kenyanglah.. orang tak berumah? Homeless? Bagi mereka rumah lah.. tu pun payah ka? Just Give them a home then they wont be a homeless..?
wuissh mana boleh.. ingat murah ka kos nak wat rumah? habeh tu duit zakat bekepuk2 buat pa?
renung-renungkan..
nice one...
ReplyDelete