Friday, July 27, 2012

Discovery Ramadhan Penang Homeless

Assalamualaikum, Salam Ramadhan.
Wah lama sungguh tidak update post terbaru,
Sibuk akan Praktikum, Exam, Internship.

Alhamdulillah Ramadhan ini Allah beri sedikit kelapangan
untuk update post terbaru.

PROGRAM DISCOVERY RAMADHAN

Seperti Tahun sebelumnya Pihak Unggas turun ke
lapangan sekali lagi membawa Peserta-peserta yang berminat untuk menyelami
kehidupan gelendangan di Sekitar George Town Penang.
Mereka didedahkan dengan realiti kehidupan di Kota Kapitalis
dan masalah yang membelenggu mereka.

Kali ini setelah membentangkan Kertas Cadangan pusat Perlindungan warga Jalanan,
Pihak JKM meminta UNGGAS menjalankan satu saringan bagi membentuk 1 DATABASE
yang menyenaraikan maklumat golongan Gelandangan di sekitar George Town.

















Secara Kasar lebih kurang 100 lebih golongan Fakir miskin dan Homeless mendaftar maklumat mereka

dan Kupon Bantuan diberikan kepada mereka untuk ditebus pada 3Ogos Nanti di Program Dicovery Ramadhan 




KATIL KAKI LIMA















.

Hanya mampu menaham lapar dengan tidur sementara
menunggu waktu berbuka
Pak Cik Ramli yang mengalami penyakit Hati bengkak dan jangkitan Peparu
memerlukan sedikit bantuan wang bagi menjalani rawatan di Hospital Kepala
Batas, beliau mendengar pada bulan Ramadhan Bantuan Zakat diberikan di Masjid
Kapitan dan beliau datang meminta simpati. Kami akan cuba mendaftarkan Pak cik
masuk ke senarai mereka yang menrima bantuan Zakat bagi meringankan Beban.






Ini pula Golongan Pelarian dari Rohingnya
yang meminta Sedekah di hadapan Masjid
Kapitan.









Bukti KAD UNHCR
[The UNITED NATION REFUGEE AGENCY]
yang dibawa oleh pelarian dari Rohingnya.
Database mereka dikumpul oleh kami bagi membolehkan mereka menumpang di sebuah Pusat perlindungan Warga Jalanan yang bakal dibina.



__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


PENDEDAHAN EKSKLUSIF 
HOMELESS vs PADERI KRISTIAN
_____________________________________________________________________

Semasa Kami menjalankan program mengumpul Database Warga Jalanan, Saya terdengar perbualan diantara 2 orang 'Pelancong*' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah
yang juga turut ingin mendaftarkan diri dalam Database kami.

Apa yang mengejutkan saya, 2 orang 'Pelancong*' tadi memberikan ceramah Agama Kristian secara terbuka kepada Pak Cik tadi.

"2 Paderi ini Menyamar sebagai Pelancong dan menyogok 
Pak Cik dengan RM50 dan berkata Jesus itu betul dan Muhammad tidak betul, mereka akan datang esok untuk mem baptis kan saya, saya mengelak dan mengatakan tiada air dan tidak berminat"- Ulas Pak Cik Pembawa beca.

Menurut Makluman dari IPSI pada bulan Ramadhan ini mereka [Paderi Kristian] menjalankan modus operandi menyebarkan Dakwah Kristian secara terang-terangan, mereka menjemput masuk Paderi dari Filipina dan Juga Jawa yang fasih berbahasa melayu. Mereka dengan bersahaja mendekati remaja muslim yang sedang berbuka di restoran dan bertanya "Kenapa anda berpuasa." -terang Salah seorang NGO IPSI.




2 Paderi yag sedang menyebarkan Dakwah Kristian Kepada Pak cik pembawa beca yang tidak berumah.
memreka membawa Brosur dan mengedar kepada gologan sasaran mereka.







Video Penjelasan Dari Pak Cik Pembawa Beca tadi mengenai 2 Paderi yang mendekatinya




Apa yang pihak kami khuatiri, golongan Warga jalanan yang dibelenggu kesempitan hidup ini mungkin tergoda dengan tawaran wang ringgit yang disogok Paderi ini dan boleh mengoyahkan Aqidah mereka dan menjadi Mangsa taktik Dakwah Kotor Paderi Kristian ini.






Sukarelawan Kami Meneruskan Pendaftaran
di Malam hari di Chulia Street untuk bertemu
golongan Penarik beca yang tidak berumah di sana.










Suasana hening Senja
Masjid Kapitan Keling, Georgetown,

Penang

Sifatnya yang Pemurah memberi makanan
bubur lambuk, moreh dan Zakat menyebabkan
ia menjadi 'Main Attraction' bagi Fakir miskin, warga jalanan, Pelarian dan Pengemis untuk berkampung di sini bagi mencari
'Rezeki Ramadhan' 




No comments:

Post a Comment