Saturday, September 22, 2012

Jika Rasulullah SAW masih hidup.

Andainya Rasullullah SAW masih hidup, 
apa yang akan baginda lakukan setelah beliau dihina dalam 'Video'.? 

Aku yakin Baginda pasti sedih.. pasti sedih.. 
melihat Umatnya memberontak, membunuh, 
merusuh dengan Kasar dan menunjukan Islam itu ganas. 
tak percaya..? ambil pengajaran dari Sirah nabi Berdakwah ke Thaif.
...
Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, 
baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal 
yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. 
Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, 
malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. 
Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, 
“Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” 
Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
...
Walaupun dibaling batu hingga luka, Rasullulah SAW berdoa agar mereka yang menyakitinya diberi hidayah. Subhanallah.. mulia nya peribadi Rasullullah.. 

berair jugak mata bila baca kisah ni dan compare dengan keadaan semasa.

Sudahlah wahai rakan se Umat ku.. 
jangan bagi Rasullulah Sedih lagi.. jangan bagi Rasullulah sedih lagi...
Jangan bagi Rasullullah risau akan sikap kita.. T______T
Tunjukkanlah sikap pemaaf Baginda kepada semua.. Tunjukkanlan Kemuliaan Baginda pada dunia..
Ikutlah Sunnah Baginda.. Cuba Okey.. ^___^

Friday, July 27, 2012

Discovery Ramadhan Penang Homeless

Assalamualaikum, Salam Ramadhan.
Wah lama sungguh tidak update post terbaru,
Sibuk akan Praktikum, Exam, Internship.

Alhamdulillah Ramadhan ini Allah beri sedikit kelapangan
untuk update post terbaru.

PROGRAM DISCOVERY RAMADHAN

Seperti Tahun sebelumnya Pihak Unggas turun ke
lapangan sekali lagi membawa Peserta-peserta yang berminat untuk menyelami
kehidupan gelendangan di Sekitar George Town Penang.
Mereka didedahkan dengan realiti kehidupan di Kota Kapitalis
dan masalah yang membelenggu mereka.

Kali ini setelah membentangkan Kertas Cadangan pusat Perlindungan warga Jalanan,
Pihak JKM meminta UNGGAS menjalankan satu saringan bagi membentuk 1 DATABASE
yang menyenaraikan maklumat golongan Gelandangan di sekitar George Town.

















Secara Kasar lebih kurang 100 lebih golongan Fakir miskin dan Homeless mendaftar maklumat mereka

dan Kupon Bantuan diberikan kepada mereka untuk ditebus pada 3Ogos Nanti di Program Dicovery Ramadhan 




KATIL KAKI LIMA















.

Hanya mampu menaham lapar dengan tidur sementara
menunggu waktu berbuka
Pak Cik Ramli yang mengalami penyakit Hati bengkak dan jangkitan Peparu
memerlukan sedikit bantuan wang bagi menjalani rawatan di Hospital Kepala
Batas, beliau mendengar pada bulan Ramadhan Bantuan Zakat diberikan di Masjid
Kapitan dan beliau datang meminta simpati. Kami akan cuba mendaftarkan Pak cik
masuk ke senarai mereka yang menrima bantuan Zakat bagi meringankan Beban.






Ini pula Golongan Pelarian dari Rohingnya
yang meminta Sedekah di hadapan Masjid
Kapitan.









Bukti KAD UNHCR
[The UNITED NATION REFUGEE AGENCY]
yang dibawa oleh pelarian dari Rohingnya.
Database mereka dikumpul oleh kami bagi membolehkan mereka menumpang di sebuah Pusat perlindungan Warga Jalanan yang bakal dibina.



__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


PENDEDAHAN EKSKLUSIF 
HOMELESS vs PADERI KRISTIAN
_____________________________________________________________________

Semasa Kami menjalankan program mengumpul Database Warga Jalanan, Saya terdengar perbualan diantara 2 orang 'Pelancong*' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah
yang juga turut ingin mendaftarkan diri dalam Database kami.

Apa yang mengejutkan saya, 2 orang 'Pelancong*' tadi memberikan ceramah Agama Kristian secara terbuka kepada Pak Cik tadi.

"2 Paderi ini Menyamar sebagai Pelancong dan menyogok 
Pak Cik dengan RM50 dan berkata Jesus itu betul dan Muhammad tidak betul, mereka akan datang esok untuk mem baptis kan saya, saya mengelak dan mengatakan tiada air dan tidak berminat"- Ulas Pak Cik Pembawa beca.

Menurut Makluman dari IPSI pada bulan Ramadhan ini mereka [Paderi Kristian] menjalankan modus operandi menyebarkan Dakwah Kristian secara terang-terangan, mereka menjemput masuk Paderi dari Filipina dan Juga Jawa yang fasih berbahasa melayu. Mereka dengan bersahaja mendekati remaja muslim yang sedang berbuka di restoran dan bertanya "Kenapa anda berpuasa." -terang Salah seorang NGO IPSI.




2 Paderi yag sedang menyebarkan Dakwah Kristian Kepada Pak cik pembawa beca yang tidak berumah.
memreka membawa Brosur dan mengedar kepada gologan sasaran mereka.







Video Penjelasan Dari Pak Cik Pembawa Beca tadi mengenai 2 Paderi yang mendekatinya




Apa yang pihak kami khuatiri, golongan Warga jalanan yang dibelenggu kesempitan hidup ini mungkin tergoda dengan tawaran wang ringgit yang disogok Paderi ini dan boleh mengoyahkan Aqidah mereka dan menjadi Mangsa taktik Dakwah Kotor Paderi Kristian ini.






Sukarelawan Kami Meneruskan Pendaftaran
di Malam hari di Chulia Street untuk bertemu
golongan Penarik beca yang tidak berumah di sana.










Suasana hening Senja
Masjid Kapitan Keling, Georgetown,

Penang

Sifatnya yang Pemurah memberi makanan
bubur lambuk, moreh dan Zakat menyebabkan
ia menjadi 'Main Attraction' bagi Fakir miskin, warga jalanan, Pelarian dan Pengemis untuk berkampung di sini bagi mencari
'Rezeki Ramadhan' 




Sunday, February 26, 2012

STOP LYNAS PREVENT ZOMBIE APOCALYPSE

AMARAN BAGI SEMUA PIHAK YANG INGIN MEMBINA SEGALA MACAM LOJI YANG MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA ALAM CIPTAAN ALLAH SWT.
JANGANLAH ENGKAU TAMAK, SESUNGGUHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH CUKUP MAMPU MEMEBERIKAN HASIL KEPADA KITA SEMUA.
TAK USAHLAH KERANA GILAKAN WANG KAU TANAM BENIH RADIOAKTIF YANG BAKAL MENGUNDANG SERIBU SATU MACAM PENAYAKIT 10 TAHUN KELAK.

P/S DEI KARAM SINGH KAW PEGI GUNA GEIGER METER SEKARANG NI MEMANG LA LOW READING, CUBA KAU SCAN 10 TAHUN AKAN DATANG, NASIB BAIK DENGAN KAU SEKALI JADI ZOMBIE. HAHA


Sunday, February 12, 2012

Menyuruh Manusia Mengikut Suruhan Allah.

Mudah, Mesra, Ringkas, Santai, Menarik.

Beberapa perkataan mudah boleh digunakan bagi mengambarkan bagaimana program kali ini.

Objektif nya mudah, menyuruh para muslimin menutup aurat mereka di khalayak ramai,



Memasang layar untuk wayang pacak



Cara nya sungguh mesra, kami hanya memegang banner dan Goodies Bags berisi Tudung / jilbab/ Hijab dan memberi sedekah senyuman kepada pengunjung. dan sesiapa yang tidak berupaya menutup aurat, kami sedekahkan Goodies bag kepada mereka
.

Memberi taklimat dan mengumpul Goodies Bag




Ringkas program ini cuma ada beberapa aturcara.. iaitu public standout, dengan hanya memegang banner dan beri senyuman dan 'thumbs up' kepada pengunjung, dan istimewa di RnR ada tayangan wayang pacak dari Kumpulan KOSUKE.

Sukarelawan beraksi di lapangan



dan isi tayangan yang cukup santai dan bersahaja dari Ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Zizan berjaya menarik perhatian  segenap lapisan masyarakat termasuk Mat Rempit, Mat Kereta, Kutu rayau yang berada di RnR walaupun Jam telah menunjukan pukul 2 pagi.





Jika anda Berminat menyertai Kami Sebagai Sukarelawan dalam program-program seperti ini bolehlah melawati page Urusetia Menangani Gejala Sosial di Link Berikut:

Facebook Pages UNGGAS
Blog UNGGAS


Saturday, January 7, 2012

Bike Explorer

ni Plak Poster @ Flyer untuk Bike Explorer Ramadhan.. Pengerusi UNGGAS, abg Nurfitri Amir.. suh aku design poster n in charge dalam publisiti program ni..
Program ni satu program eksperimen, dimana dari hasil pemerhatian UNGGAS banyak remaja berbasikal di malam-malam hari, tanpa arah tujuan.. jadi kami cuba memanggil mereka ini.. untuk dibentuk satu kumpulan.. Kumpulan Berbasikal Dengan Tujuan..

Tujuan apa? Motif?
Kadang kita pernah lihat geng Superbike Konvoi.. Konvoi kutipan dana untuk Gaza.. untuk apa2 lah.. jadi mungkin mereka mungkin berminat untuk berbasikal demi satu tujuan yang murni.. jadi saya publisitikan event ini dalam group2 basikal. turun ke port2 mereka edarkan flyer.. flyer ni sengaja direka ala2 GiG flyer.. yg Grungy..unorganized.. messy.. haha..



Messy haha.. tilted text sillhoutte.. semua favourite aku tuh.. pastu.. Bos suruh letak byk info.. so aku cari idea mcm mana nak letak info yang pelbagai dalam poster yg limited highlited area.. mula garis2 kuning tu aja nak la nak tulis info.. pastu lepas pikiaq-pikiaq.. bsempena dengan tema konvoi basikal.. kuning itam.. dapat lak idea nak wat Signboard2 jalanraya.. then masukna info..

Poster Himpunan Sayangi Remaja.

Pada awal bulan disember 2011, Kak Suna mintak tolong design Poster salah satu program tahunan UNGGAS, Himpunan Sayangi Remaja yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Operasi Sayangi Remaja.. Event ini selalunya dijalankan 3 kali setahun iaitu pada malam malam Happening di port2 lepak sekitar Penang iaitu malam New Year, Valentine & Merdeka.. malam ni aktiviti Gejala sosial mendapat Super Boost.! ramai pelik.. biasa la kan keinginan untuk bersosial < biasa ke?

So Here's The poster 




jadi ini Kerja Seni terbaru aku lah.. Aku cuba keep it simple.. clean.. senang dibaca dan MENARIK PERHATIAN..

Tapi Still Font Info masih lagi Kecil.. Aku mcm terkongkong dengan fixed box dari MS powerpoint hehe sbb aku generate text dari MSpowerpoint n masuk AdobePS.. sengal kan.. yup.. nak upgrade ke CS3 ada banyak text customizing option lagi..

Design ni bermula dengan elemen langit dan bumi.. mula di bawah bukit itam... n ada sillhoutte.. aku suka sillhoutte sbb senang nak crop.. select the white n inverse dapat the black haha.. lepas tu rasa mcm nak letak awan2 kat atas tapi mcm x syiok.. browse thru few vector design yg aku donload.. sort by colour hijau.. tetiba dapat design tuh.. rotate.. jadi mcm langit pelik..

Mulanya text skema gila tersusun mcm banner.. besa la sblom ni keja wat banner ja.. pastu text.. duk tunggu final confirmation dari Bos.. pastu ubah jadi 45darjah lef to right.. ingat pesanan Mr. Mustafa Davis.. things tilted From left to right works.. but not from right to left.. jadi berjaya jugak.. dan membe suh tambah2 gamba operasi sblom ni.. susah gak sbb byk gamba gelap.. sbb kan waktu malam.. haha picture source suma dari Compact digital kamera ja yg dikenali sbg x berapa bagus shoot dalam gelap..

at last.. boleh tahan.. berjaya keep it clean n simple.. namun pointer penambahbaikan di masa hadapan besarkan font dan jangan tlalu skema susunanya..

Sunday, January 1, 2012

apa Kalian sudah lupa akan cara Para Nabi ?

Bersorak ikut hati,  Asas pertimbangan letak tepi..

apa Kalian sudah lupa akan cara  Para Nabi?
ucapan beliau tiada provokasi, penuh adab budi pekerti,
 
Sezalim mana si Kuku Besi, Pasti tunduk dek Kuasa Ilahi.
Ciffi Faizal: 1.1.12