Monday, December 26, 2011

Kronologi Kiamat, Aku bukan Peramal, aku tukang Peringat ja.!






Dunia Kiamat 2012, apa jadi tak taw cerita Blockbuster Hollywood tuh.. oo Super Volcano di yellowstone meletus.. baek punya.. sampai sangkut dkt Super Tsunami.. ada solar flare yang meningkatkan suhu teras bumi.. jadi mcm tu ke kiamat? kalau sapa yang da tengok filem tu mesti taw yang last orang2 naik kapal tu selamat gak kan..? well.. tu teori mereka.. teori dari Mayan Civilisation bla bla..

Jadi.. Saya Sebagai seorang Muslim.. yang menulis post ini pada tanggal 27.12.2011.. tetiba plak kejadian ombak pasang besar kat Negeri Kelantan.. gila cuak la kurang dari seminggu lagi dah nak 2012.. kawin pon belom.. Bot besar pon belom beli.. lagi hehe..

takdelah.. sebelum masuk ke topik yang lebih serius.. jom santai-santai fikir..

Kalaulah tahun depan Kiamat.. apa persediaan korang.. eh mustilah bersedia kan.. umpama membeli baju anak2 untuk sesi persekolahan yg nak start ni.. umpama.. tahan air bila taw esok tak akan ada air.. umpama bayar saman bila esok last day discount 50% saman.. last menet la katakan..

baru ni aku ada tonton dokumentari.. "The Preppers" di Discovery Channel. menceritakan beberapa keluarga di amerika.. mejadi 'end of world preppers' dimana mereka simpan stok makanan dalam tin kaw-kaw punya banyak.. ada yang bagus tanam tumbuhan sendiri.. buat kolam ikan atas rumah, ada hidroponik.. ada yang paranoid.. beli HAZMAT suit satu keluarga in case of a Nuclear outbreak.. anak dia yang kecik pon dibelinya topeng gas mana nak taw nuclear meletup..

Link Video





Saya juga ada membaca, Jutawan, Jutawan dunia, membeli tanah di persekitaran Himalaya, dan Beberapa lagi puncak tertinggi di dunia.. yelah.. Global Warming theory.. kalau Polar Icecap kat kutub habis cair.. separuh india tenggelam.. Malaysia? wallahualam..


Ada yang mengumpul Bahan galian Berharga spt Emas-Perak.. sebab pada zaman end-Of world.. Duit kertas umpama mcm kertas tisu tandas aje.. takde nilai.. ada gak yang simpan tangki minyak petrol tepi rumah.. investment katanya.. harga makin naik huhu..

jadi apakah persediaan anda untuk KIAMAT..?

Saya..? 

Langsung tak berminat dengan segala persediaan di atas.. namun tertarik dengan beberapa idea self-sustaining dalam keadaan gawat..
seperti tanam pokok, sayur sendiri, invest dalam bahan galian berharga..
kenapa saya tak beli Bot? Beli Hazmat suit.? berpindah di Nepal duk tempat tinggi?
jawapanya..tak cukup duit dan tak cukup amal ibadat... hehe.. bukan sebab bukan begitu Dunia Kiamat..


jadi Sebagai seorang Muslim.. telah ditulis dalam Al-Quran.. dan diriwayatkan dalam hadis-hadis Nabi.. bagaimana berlakunya Kiamat.. tarikh Kiamat itu rahsia Allah tiada siapa pun dapat menjangkanya..



Namun KRONOLOGI berlakunya kiamat.. ada diceritakan.. dan dari KRONOLOGI inilah kita harus BERSEDIA.. mentafsir KRONOLOGI itu dan mengagak dimana kita dalam TIMELINE tersebut dan APA tindakan kita bagi menghadapi FASA kiamat yang Seterusnya.....



KRONOLOGI KIAMAT
FASA 1



FASA 2












FASA 3




sumber dari blog: http://muhdhazrie.wordpress.com


jadi Penulis Blog telah menbahagikan Kiamat kepada 3 fasa.. menurut kajian dan Pembacaan Beliau..

Harus diingatkan ini hanya TEORI

-Suatu Pandangan yang masih boleh disangkal, dan bukannya FAKTA..
JADI DI MANA KITA..??
Dengar Berita Amerika Menyerang  Libya baru baru ini? Presiden Ghadafi yang mati dibunuh rakyatnya tu? well..

Kita diantara Kejadian 
Amerika Menyerang Libya - Amerika Menyerang Iran
somewhere in between those timeline.. and.. in a few years.. in the brink of the  
WORLD WAR 3..

dimana pada WORLD WAR 3 misil-misil nuclear akan saling balas membalas.. diantara kuasa-kuasa nuclear Dunia.. macam orang main Meriam Buluh time Raya kat Kampung dulu-dulu.. bezanya sekali kena.. Malaysia Hancoq.. dan The Mass Effect.. radiasinya.. perg gila siot.. kalau nasib baik boleh jumpa Zombies.. haha joke..

jadi sapa kuasa besaq Dunia yang nak perang tuh?
2 BLOK iaitu..
NATO [Amerika-Inggris-Italy-Sepanyol-Australia-Jepun-India] 
vs 
WARSAWA [Rusia-Perancis-Jerman-China-Korea ]
hangpa nak SOkong yang mana? Arab pada masa tu akan sokong NATO.. Malaysia.. KOnfirm2 akan Join NATO..?
Saya Pulak..? saya mestilah nak sokong BLOK yang akan menang.. iaitu..

Tentera PANJI HITAM..! Allahuakbar..!

dikatakan Perang Dunia Ke-3 itu akan berlangsung dalam beberapa Bulan sahaja..
dan Pakatan WARSAWA akan kalah..

tapi dunia Rosak teruk gak sebab Nuclear pa semua.. habis je perang tu..masuk plak Musim Haji.. maka

munculah IMAM MAHDI.. Beliau dan tenteranya akan menunaikan haji terlebih dahulu dan akan memimpin tentera Islam seluruh dunia untuk berperang menegakan Kalimah Allah.. Tentera Panji Hitam akan men"Settlekan" semua Pihak baik Rusia, Amerika, China, Korea, Jepun.. dan mula menakluki semua benua
 dan menyebarkan Agama Islam.. selama 7 tahun... kempen tersebut akan berlangsung..

dan Selepas Kempen Perang Imam Mahdi.. Dunia akan dikuasai Islam..

dan menurut Blog tersebut lagi* akan meletus Super Volcano Yellowstone.. dimana bencana itu akan mengakibatkan 2/3 Amerika Hancur.. dan Dajjal dan tenteranya tiada lagi tempat persembunyian dan bertebaran seluruh dunia untuk menyebarkan kerosakan..

dan Pada ketika itu turunlah pula Nabi Isa Al Masih..  untuk membunuh Dajjal dan seluruh pengikutnya..
dan dengan bantuan Imam Mahdi, hancurlah seluruh kekuasaan penaklukan Dajjal di Bumi.. Palestine bebas dari Yahudi.. Semua salib dihancurkan.. kuil-kuil.. haiwan babi semua dimusnahkan..
dan berlangsunglah zaman kegemilangan ISLAM di muka Bumi..

dan mengikut kronologi tersebut.. sebelum meninggalnya Nabi Isa dan Imam Mahdi.. akan Muncul..
Yakjuj dan Makjuj.. < ape menda nie? baca buku nukilan Muhammad Alexander.. Yakjuj Makjuj..
aku pon tak konfirm..

dan selepas perginya Imam Mahdi dan NAbi Isa.. maka secara beransur-ansur.. Ilmu dan Islam akan dicabut dari Dunia..

DAN SENGAJA AKU BOLD DAN CAPS PERISTIWA INI PULA..

TINGGALAH GOLONGAN MUKMIN DAN MUNAFIK DI MUKA BUMI INI.. 

YANG MUKMIN AKAN TERUS BERIBADAH PADA ALLAH DAN GOLONGAN MUNAFIK AKAN KEMBALI MEJADI KAFIR DAN MENAMBAHKAN KEMUNGKARANYA SEHINGGAKAN ADA YANG BERZINA DI JALANAN DAN MEMINUM KHAMAR, BERJUDI, MEMBUNUH dan lain.lain.


Ya di akhir Zaman itu masih ada Munafik.. Jangan Hangpa dok ingat Semua akan jadi Baik2 jaa bila dah hujung Zaman.. Pada ketika itu Masyallah sempat lagi ka Hangpa nak taubat.. tu lah Last minit punya peluang.. Punyalah Sayang Allah SWT dekat hamba dia.. diarahkan pula haiwan Dabbah Hawiwan yang boleh bercakap bagi LAST WARNING dekat semua MUKMIN MUNAFIK dan KAFIR Agar  
BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT..!

Bila hilang ja Dabbah.. keluar Asap@Awan yang akan mengakibatkan matinya seluruh Mukmin & Muslim dan tinggalah orang2 Kafir melakukan Kehancuran.. 


lepas tu.. usha la sendiri dekat timeline tu.. apa yang akan jadi seterusnya..

cukup setakat itu penerangan picisan saya.. jadi Saya ingin membawa anda pada kekecohan yang akan datang.. DALAM MASA TERDEKAT

iaitu

Perang Dunia ke-3.. 

dan selepas itu

kedatangan Imam Mahdi..



APAKAH PERSEDIAAN ANDA.?


SAYA..?


Insyallah, saya nak sediakan generasi "Tentera Imam Mahdi" 
nak sediakan mereka dari segi 
Iman, Fizikal, Mentaliti, Semangat, Agamanya
Sayakan seorang Guru, saya arkitek Generasi, dan tatkala 
Imam Mahdi melaungkan perintah Perang  
[call to arms] untuk Menegakan Kalimah Allah ..

Insyallah Generasi ku akan Bersedia..

Bagaimana Pula Anda..?

Ingat sehingga ke Akhir Zaman akan ada Golongan Munafik.. Akan Adanya Syaitan yang Menghasut agar melakukan Kejahatan.. 
Enjoy di Dunia.. Lupa terus Akhirat.. Lupa akan Hukum Allah..
Skang ni.. Pelbagai macam kehancuran.. gejala sosial.. Kejar duit punya pasai.. Hukum Allah letak tepi.. Macam mana boleh jadi macam ni? sebab pengikut Dajjal tengah dok get ready.. dah siap pasang perangkap2 nak hancurkan minda Umat Islam..


Bro..
Sister..
Saudara Muslim Sekalian..

Gerun kan Post ni?

Jangan Risau..
Senyum..
Pintu Taubat Masih Terbuka..
:) 
Bertaubatlah... Cuci Semua Dosa Kita yang lalu..
Banyakan Amal..


Doakan saya, Saya Doakan Anda, kerna saya pon masih huru hara..


Insyallah, kita boleh Enjoy di Syurga Akhirat..
^_^

Post ini sekadar peringatan.. bukannya panduan.. 
Al-Quran itu Panduan..
Wallahualam























Tuesday, December 20, 2011

Himpunan Sayangi Belia Malam Tahun Baru 2011

Satu Program yang dahulunya dikenali sebagai Operasi Sayangi Remaja. anjuran NGO UNGGAS - Urusetia Menangani Gejala Sosial. Pada Malam-malam istimewa seperti Malam Tahun Baru, Malam Merdeka, Malam Valentine, tempat libur Malam Hari akan menjadi tumpuan orang ramai, baik golongan Keluarga dan yang paling ramai "Golongan Remaja."



Meraikan, Malam - malam ini telah menjadi suatu budaya di kalangan remaja, budaya yang bermotif HIBURAN di malam hari, dan langsung melupakan Tuhan meraka.. Allah SWT.. ditambah dengan Ibu-bapa yang membiarkan sahaja anaknya keluar di Malam hari tanpa Pengawasan, ini adalah satu formula kepada tragedi hitam.

Kemalangan Jalan Raya,
Penculikan,
Rogol Beramai-ramai,
Pembunuhan,
Pergaduhan,

dan pelbagai lagi tragedi meningkat kebarangkalianya berlaku.

Statistik Kasar mengikut perkiraan sendiri,

Dalam masa 5 minit = Seorang Bayi Luar nikah Dilahirkan


Dalam masa 5 minit = 3 kemalangan membabitkan motosikal direkodkan.


Jadi Pihak UNGGAS telah menyediakan satu PELUANG kepada sesiapa sahaja yang ingin membanteras segala Tragedi ini dari berlaku..







Bagi Mereka yang berminat, ada saya sertakan peta, Surau Taman Tun Dr. Awang, Tempat Pendaftaran Program.


Tiada Sebarang yuran dikenakan,
Peserta Muslimin dan Muslimat boleh menginap sementara di Surau Berkenaan bagi yang datang dari jauh.

sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi

Saudari Hassuna: 0194522893
             Asti      : 0134451037







Jika Semua Tragedi Permasalahan Sosial ini Sedang Berlaku di Sekitar anda... Apa yang anda lakukan.?
Duduk Di rumah Menonton Movie Blokbuster Malam Tahun Baru..?
Duduk di dataran menonton Bunga Api..?

Saya memilih untuk Turun ke Dataran untuk Mencegah Kemungkaran dengan Menyebarkan Kebaikan.
: )