Saturday, September 22, 2012

Jika Rasulullah SAW masih hidup.

Andainya Rasullullah SAW masih hidup, 
apa yang akan baginda lakukan setelah beliau dihina dalam 'Video'.? 

Aku yakin Baginda pasti sedih.. pasti sedih.. 
melihat Umatnya memberontak, membunuh, 
merusuh dengan Kasar dan menunjukan Islam itu ganas. 
tak percaya..? ambil pengajaran dari Sirah nabi Berdakwah ke Thaif.
...
Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, 
baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal 
yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. 
Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, 
malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. 
Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, 
“Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” 
Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
...
Walaupun dibaling batu hingga luka, Rasullulah SAW berdoa agar mereka yang menyakitinya diberi hidayah. Subhanallah.. mulia nya peribadi Rasullullah.. 

berair jugak mata bila baca kisah ni dan compare dengan keadaan semasa.

Sudahlah wahai rakan se Umat ku.. 
jangan bagi Rasullulah Sedih lagi.. jangan bagi Rasullulah sedih lagi...
Jangan bagi Rasullullah risau akan sikap kita.. T______T
Tunjukkanlah sikap pemaaf Baginda kepada semua.. Tunjukkanlan Kemuliaan Baginda pada dunia..
Ikutlah Sunnah Baginda.. Cuba Okey.. ^___^